Apa itu Istidraj?

MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”.

Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil

daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar,

istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang

dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia

dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah

menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda

kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain,

Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui

kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan

kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun,

Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka

diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan

tetapi mereka mengingkari Allah.

Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan

mati dalam keadaan yang amat hina.


Ada juga pihak yang mentakrifkan

istidraj sebagai anugerah Allah kepada

hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam

pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda,

kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia

dianggap manusia istidraj?

Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh.

Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?

Jawapannya, tidak sama sekali.

Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah.

Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa,

kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh

kejayaan di dunia serta akhirat.

Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW.

Ada di antara mereka diberikan kekayaan

yang melimpah ruah antaranya,

Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.

Mereka semua dianggap golongan berada.

Siapa tidak kenal Abu Bakar

yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan

seorang usahawan berjaya.


Semasa menjadi khalifah Islam pertama,

Abu Bakar tidak pernah sekalipun

menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri

atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.

Abu Bakar merupakan pemimpin hebat

yang tidak ada tolok bandingnya dan

meninggal dunia dalam keadaan beliau

membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.

Berbalik kepada istidraj,

manusia derhaka adalah mereka yang tidak

mahu menunaikan suruhan Allah dan

sering melanggar larangan-Nya.

Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan

lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama.

Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.

Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah.

Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta

hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat

walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi

tidak pernah bersyukur dengan nikmat.

Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan

ke atas orang lain demi kepentingan sendiri.

Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda:

“Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu

membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed,

terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat,

penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata)

dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.

Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat

menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut.

Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.

“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka

peroleh itu datangnya daripada Allah.

Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya

tanda kebencian Allah terhadap mereka.

“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan

kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud:

“Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka

sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan),

menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang

telah diperingatkan mereka dengannya,

Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu

segala kemewahan dan kesenangan sehingga

apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan

segala nikmat yang diberikan kepada mereka,

Kami timpakan mereka secara

mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan),

maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”

Zahazan berkata,

kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj

bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia

tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka

yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan

dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan

pangkat sebagai lambang kekuasaan.

“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan

golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam

terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa,

kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.

“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara

kerana tiada apa yang kekal di dunia ini

dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata



P/S ~ sekadar perkongsian ilmu…petikan dari rencana Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s